Majlis Rumah Terbuka PKMS

Majlis Rumah Terbuka PKMS

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Persatuan Kebaikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan majlis rumah terbuka di sebuah restoran di Kiulap, hari ini.

Majlis dimeriahkan dengan Dikir Marhaban dan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikepalai oleh Penasihat PKMS, Dr Haji Abdul Kadir bin Haji Mohammad.

Selain menghidangkan pelbagai juadah sambil beramah mesra sesama ahlinya, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan PKMS kepada Pusat Tahfiz Al-Baraqah, Limbang.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Di-Pertua PKMS, Haji Hazaman bin Haji Sulaiman kepada Haji Mohd Zaini bin Haji M.Hamdi selaku wakil Pusat Tahfiz Al-Baraqah, Limbang.

Ahli-ahli Jawatankuasa PKMS dan Haji Mohd Zaini bergambar ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKMS kelmarin.
Ahli-ahli Jawatankuasa PKMS dan Haji Mohd Zaini bergambar ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKMS kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA