Majlis Santap Diraja di Istana Nurul Iman

Majlis Santap Diraja di Istana Nurul Iman

Oleh Sim Y. H.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam ini berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Memperingati Hari Puja Usia Baginda Sultan ke-70 tahun.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap para tetamu khas dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini.
Baginda Sultan berserta ahli kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap para tetamu khas dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini.
Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, DYTM Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Pengiran Perdana Wazir dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan bagi Memperingati Hari Puja Usia Baginda Sultan ke-70 tahun.

YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.
YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.
DYTM Pengiran Bendahara dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.
DYTM Pengiran Bendahara dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah.

pg12_160716_e

YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta ahli kerabat diraja yang lain.
YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta ahli kerabat diraja yang lain.
Anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Dr Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali.
Dr Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali.
Antara jemputan yang menghadiri majlis santap semalam.
Antara jemputan yang menghadiri majlis santap semalam.

Turut berangkat ke Majlis Santap Malam yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli kerabat diraja yang lain.

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.