Majlis Santap Malam raikan ketua ekonomi APEC

Majlis Santap Malam raikan ketua ekonomi APEC

Gambar oleh Infofoto

 

MANILA, Republik Filipina, 18 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini, berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bagi mengalu-alukan ketua-ketua ekonomi APEC yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015.

Majlis berkenaan dihoskan oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Benigno S. Aquino III di The Mall of Asia Arena, Pasay City, Manila.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di The Mall of Asia Arena, dialu-alukan oleh TYT Benigno S. Aquino III.

Sebelum berangkat ke Dewan Persantapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama dengan Presiden Republik Filipina dan ketua-ketua ekonomi APEC yang lain.

pg04_151119_h

pg04_151119_APEC2015logo

Keberangkatan tiba Baginda Sultan dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Benigno S. Aquino III.
Keberangkatan tiba Baginda Sultan dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Benigno S. Aquino III.

Majlis Santap Malam dimulakan dengan ucapan TYT Benigno S. Aquino III bagi mengalu-alukan ketua-ketua ekonomi APEC dan diserikan lagi dengan persembahan-persembahan kebudayaan dan muzikal.

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA