Majlis santap rai Amir Kuwait

Majlis santap rai Amir Kuwait

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara bagi meraikan Lawatan Negara Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.

Berangkat sama ke majlis yang berlangsung di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir serta Amir Kuwait berkenan  mendengarkan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan sebelum majlis santap.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berserta kerabat diraja yang lain.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berserta kerabat diraja yang lain.
Baginda Sultan dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berkenan berangkat ke majlis santap bagi meraikan kedatangan Amir Kuwait itu.
Baginda Sultan dan His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berkenan berangkat ke majlis santap bagi meraikan kedatangan Amir Kuwait itu.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM  Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel  antara kerabat diraja yang berkenan berangkat ke majlis santap itu.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel antara kerabat diraja yang berkenan berangkat ke majlis santap itu.

Sebelum Majlis Santap Negara dimulakan, lagu kebangsaan kedua-dua buah negara dimainkan.

Bacaan doa telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah berada di negara ini bagi rangka lawatan negara selama dua hari.

ARTIKEL YANG SAMA