Majlis Sembahyang Hajat mendapatkan keberkatan

Majlis Sembahyang Hajat mendapatkan keberkatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Sekolah Rendah DMS Dian Sukang, Ulu Belait, menerusi bahagian jawatankuasa keagamaannya telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat dan Membaca Yasin bagi murid-muridnya dan murid Sekolah Ugama DMS Dian Sukang yang akan menduduki peperiksaan penilaian sekolah rendah dan akhir tahun yang tidak lama lagi bermula.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung di dewan sekolah itu ialah pemangku penghulu Mukim Sukang, pemangku imam Balai Ibadat Kampung Sukang dan para ibu bapa murid.

Majlis dimulai dengan sembahyang Sunat Hajat dan disusuli dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Awang Mohd Kamal bin Haji Salleh yang antara lain menyentuh mengenai apa yang murid-murid perlu buat setelah berusaha sepanjang tahun belajar bersungguh-sungguh.

Beliau menggesa kepada murid-murid supaya meminta restu dan doa daripada ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah bila tiba waktu peperiksaan nanti.

Murid-murid sekolah berkenaan semasa menunaikan Sembahyang Hajat bagi memohon keberkatan.
Murid-murid sekolah berkenaan semasa menunaikan Sembahyang Hajat bagi memohon keberkatan.

ARTIKEL YANG SAMA