Majlis Tadarus Kementerian Pendidikan

Majlis Tadarus Kementerian Pendidikan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Kementerian Pendidikan meneruskan lagi Majlis Tadarus sepanjang Ramadan yang telah bermula hari ini di Surau Asrama Putera Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pah-lawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin diikuti dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Awang Ahmad Nur Ihsan bin Hasrom. Pada majlis ini, rombongan kementerian telah membaca Surah Al-Baqarah dari ayat pertama hingga Surah An-Nisa ayat 44.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian wakaf berupa empat buah almari buku dan 15 buah rehal disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi kepada Guru Kanan Maktab Duli, Awang Mohamad Azmi bin Haji Mohd Yakup.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa menghadiri majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa menghadiri majlis tersebut.
Antara pembaca yang menyertai Majlis Tadarus.
Antara pembaca yang menyertai Majlis Tadarus.

Manakala di Asrama Puteri maktab berkenaan, penyampaian wakaf telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh kepada Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim.

Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah ini merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan dengan tahun ini ia dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-sekolah, Bahagian Pengajian Tinggi dan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

Ia antara lain bertujuan untuk menghidupkan lagi bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk bertadarus Al-Quran di samping untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA