Majlis Tadarus KHEU

Majlis Tadarus KHEU

Oleh Yusrin Junaidi

 

TEMBURONG, 19 Jun – Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), kelmarin, telah meneruskan lagi Majlis Tadarus di bulan Ramadan dengan tumpuan kali ini di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong.

Mengetuai rombongan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid dan turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, majlis perundingan mukim dan kampung di Daerah Temburong.

Terdahulu, majlis telah di mulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Harun dan diikuti dengan majlis bertadarus.

Majlis diteruskan dengan huraian Tafsir Al-Quran serta kesimpulannya yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Kamarul Zaman bin Haji Kamis,

Antara inti sari Tafsir Al-Quran dari juz ke-5, Surah An-Nisa, ayat 29 hingga 31 yang disampaikan menjelaskan bahawa kita dilarang untuk memakan harta orang lain dengan jalan yang batil, di mana di dalamnya terdapat bahaya bagi mereka, baik bagi pemakannya mahu pun orang yang diambil hartanya.

Haji Harun berserta rombongan KHEU semasa Majlis Tadarus di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.
Haji Harun berserta rombongan KHEU semasa Majlis Tadarus di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar.
Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1437H/2016M yang disempurnakan oleh Dr. Haji Mazanan.
Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin Menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1437H/2016M yang disempurnakan oleh Dr. Haji Mazanan.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Shafrillah bin Haji Ahmad.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian agihan Zakat kepada asnaf fakir miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1437H/2016M yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Kerajaan, yang juga selaku Ahli Majlis Ugama Islam Brunei, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof.

Majlis tadarus KHEU yang diadakan di beberapa buah masjid-masjid seluruh negara bersempena bulan Ramadan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan silaturahim, kesepakatan dan persaudaraan yang sedia erat dalam kalangan warga kementerian dengan penduduk kampung, masyarakat serta umat Islam di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA