Majlis Tadarus, penyampaian wakaf Kementerian Pendidikan

Majlis Tadarus, penyampaian wakaf Kementerian Pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Majlis Tadarus Kementerian Pendidikan sempena bulan Ramadan diteruskan lagi hari ini dengan majlis pada kali ini diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, para pengarah serta pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.

Majlis tadarus berkenaan melibatkan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi iaitu 22 orang dari UBD, 26 dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), 10 dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan 10 lagi dari Politeknik Brunei (PB).

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin dan Doa Selamat pula dibacakan oleh Ketua Imam Masjid UBD, Haji Jufri bin Haji Hidup.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama rombongan dari Kementerian Pendidikan pada majlis tadarus di Masjid UBD kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama rombongan dari Kementerian Pendidikan pada majlis tadarus di Masjid UBD kelmarin.
Menteri Pendidikan menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Saidai.
Menteri Pendidikan menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Saidai.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian wakaf berupa satu unit jet air, dua gulung sejadah panjang dan lima buah rehal yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin kepada Dekan Pelajar UBD, Awang Saidai bin Haji Awang Hitam.

Majlis Tadarus ini merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan dengan tahun ini ia dikendalikan bersama oleh Jabatan Sekolah–sekolah, Bahagian Pengajian Tinggi dan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

Ia antara lain bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk tadarus Al-Quran di samping mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

ARTIKEL YANG SAMA