Majlis Tadarus PGGMB

Majlis Tadarus PGGMB

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Jawatankuasa Bahagian Wanita, Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) turut tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Tadarus bagi Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), hari ini.

Majlis yang berlangsung di kediaman Pengarah Bahagian Wanita PGGMB, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar di Kampung Sungai Tilong itu dihadiri oleh 80 orang ahli Lembaga Tadbir, wakil tetap dan wakil daripada persatuan-persatuan dalam MWNBD.

Turut menyertai Majlis Tadarus itu ialah Mantan Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat

Selain meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dalam kalangan ahli, pertemuan pada majlis ini dapat menyatupadukan dan menjalin silaturahim antara persatuan dan ahli serta melaksanakan aktiviti yang berkebajikan.

Pengiran Hajah Rakiah (tengah) bersama Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam dan Datin Paduka Hajah Masni bin Haji Mohd Ali.
Pengiran Hajah Rakiah (tengah) bersama Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam dan Datin Paduka Hajah Masni bin Haji Mohd Ali.

Pada majlis itu juga, bacaan Tadarus Al-Quran Juzuk 5 telah dibacakan oleh Pentasmi’, Hajah Halimah binti Mohd Yaakub dan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Tahlil pula dipimpin oleh Pengiran Hajah Rakiah.

Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan telah dibacakan oleh ahli PGGMB, Hajah Jusnani binti Awang Taha.

Pada tahun ini, Jawatankuasa Bahagian Wanita telah dapat meningkatkan penyertaan keramaian ahli wanita yang ikut serta dalam aktiviti tadarus ini dengan melibatkan ahli-ahli muda yang diharap sebagai pelapis kepada ahli-ahli yang lama. Majlis Tadarus yang diadakan secara bergilir-gilir ini akan diteruskan oleh persatuan-persatuan di bawah MWNBD yang mana Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran akan diadakan pada 30 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA