Majlis Tadarus Pusat Annur Harapan

Majlis Tadarus Pusat Annur Harapan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Dalam usaha menanam dan menyuburkan budaya membaca Al-Quran di samping menyemarakkan lagi bulan Ramadan ini, Pusat Annur Harapan dan Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan dengan kerjasama Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Tadarus.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong itu ialah Ketua Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, Pengiran Omar bin Pengiran Haji Othman dan Ketua Kampung Mata-Mata Gadong, Haji Metali bin Kamis.

Majlis tahunan itu turut disertai oleh pegawai-pegawai Perkhidmatan Kaunseling dan Seliaan, rakan-rakan seliaan dan ahli-ahli Takmir Balai Ibadat Kampung Mata-mata Gadong serta kakitangan Pusat Annur Harapan.

Majlis Tadarus berkenaan antara lain bertujuan bagi menyuburkan lagi budaya membaca Al-Quran, mempelajari, dan menghayati maksud ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca dalam kalangan warga pusat tersebut.

Majlis Tadarus anjuran bersama rakan seliaan yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong.
Majlis Tadarus anjuran bersama rakan seliaan yang berlangsung di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA