Majlis tadarus rumah ke rumah BASKIM

Majlis tadarus rumah ke rumah BASKIM

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 8 Jun – Sebagai aktiviti di bulan Ramadan, Badan Kebajikan Saudara-Saudara Baru Kampung Kiudang Tutong (BASKIM) dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah Daerah Tutong mengadakan aktiviti bertadarus rumah ke rumah yang telah bermula kelmarin.

Tujuh buah rumah yang terpilih akan dikunjungi bagi aktiviti berkenaan dan kelmarin aktiviti bertadarus dimulakan di rumah Penasihat BASKIM, Haji Umarali bin Esong.

Lebih 80 orang yang terdiri daripada ahli-ahli BASKIM, saudara-saudara baru dan penduduk Kampung Kiudang hadir menyertai aktiviti bertadarus pada petang kelmarin itu.

Semasa aktiviti bertadarus rumah ke rumah dijalankan di rumah penasihat BASKIM, petang kelmarin.
Semasa aktiviti bertadarus rumah ke rumah dijalankan di rumah penasihat BASKIM, petang kelmarin.

pg08_160609_b

Aktiviti bertadarus yang diadakan ini bertujuan bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan di samping melaksanakan aktiviti yang bermanfaat dan meraih pahala yang berlipat ganda selain berpuasa, dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim kekeluargaan antara ahli-ahli BASKIM dan pihak Pusat Dakwah Islamiah Daerah Tutong.

Selepas bertadarus, acara diteruskan lagi dengan sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah, dan seterusnya mengerjakan sembahyang Sunat Terawih dan Witir berjemaah di rumah Penasihat BASKIM.

ARTIKEL YANG SAMA