Majlis Tadarus semarakkan bulan Ramadan

Majlis Tadarus semarakkan bulan Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi, Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli, Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bulan Ramadan adalah bulan penuh berkat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutamanya golongan yang mengharapkan ganjaran daripada Allah S.W.T, oleh itu bebeberapa kementerian dan persatuan di negara ini giat mengadakan aktiviti keagamaan dalam menyemarakkan lagi bulan yang mulia ini.

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) hari ini telah mengendalikan Majlis Tadarus Al-Quran dan pengagihan Zakat kepada 30 buah keluarga Asnaf Fakir Miskin yang berlangsung di Masjid Kampung Salambigar.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud yang juga menyampaikan agihan zakat tersebut.

Sebanyak $500 telah diserahkan kepada setiap keluarga, manakala $400 telah diberikan kepada tanggungan daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Menurut kenyataan daripada Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei, KHEU, dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak keperluan harian para penerima dan dengan harapan semoga para asnaf fakir miskin sekeluarga akan sentiasa taat menunaikan pe-rintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganya.

Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyampaikan pengagihan zakat kepada keluarga fakir miskin.
Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyampaikan pengagihan zakat kepada keluarga fakir miskin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti dan diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran diikuti dengan huraian Tafsir Al-Quran serta kesimpulannya yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

Majlis diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Kampng Salambigar, Haji Abdul Halim bin Haji Bungsu.

Manakala rombongan pegawai dan kakitangan kerajaan Daerah Tutong petang kelmarin telah mengadakan majlis Bertadarus Masjid ke Masjid di Masjid Kampung Kupang, Tutong.

Semasa Majlis Bertadarus diadakan di Masjid Kampung Kupang, Tutong, petang kelmarin.
Semasa Majlis Bertadarus diadakan di Masjid Kampung Kupang, Tutong, petang kelmarin.

Hadir mengetuai rombongan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam, dan turut hadir ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Rombongan bertadarus ke masjid-masjid Daerah Tutong ini melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan Daerah Tutong, penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, guru-guru sekolah agama Daerah Tutong, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei dan juga ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Kupang.

Majlis bertadarus itu akan diteruskan lagi di Masjid Haji ‘Abdul ‘Azim, Kampung Luagan Dudok dan Masjid Kampung Danau pada Selasa depan, 14 Jun 2014.

Kemudian di Masjid Balai Ibadat Kampung Merangking Labi pula diadakan Majlis Bertadarus Masjid ke Masjid dan Balai-balai Ibadah Daerah Belait yang telah disertai 70 orang pegawai dan kakitangan kerajaan Daerah Belait, dike-tuai oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman.

Rombongan tadarus akan dilanjutkan ke beberapa buah masjid lagi di daerah ini antaranya Masjid Pekan Seria pada Sabtu, Masjid Sungai Liang, Masjid Kampung Labi dan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan.

Rombongan Bertadarus Sempena Bulan Ramadan diadakan di Balai Ibadat Kampung Merangking Ulu Labi, dihadiri oleh Haji Haris.
Rombongan Bertadarus Sempena Bulan Ramadan diadakan di Balai Ibadat Kampung Merangking Ulu Labi, dihadiri oleh Haji Haris.
Majlis Tadarus MWNBD menyemarakkan lagi bulan Ramadan.
Majlis Tadarus MWNBD menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Majlis tadarus juga diadakan oleh Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) hari ini de-ngan meneruskan pembacaan Al-Quran dari Juz 2 hingga Juz 4.

Ia diadakan di rumah Naib Yang Di-Pertua Pertubuhan Perkumpulan Wanita Brunei (WI) bagi Cawangan Daerah Brunei dan Muara, Datin Hajah Mariam binti Abdullah di Kampung Sungai Hanching itu telah disertai oleh 70 orang ahli dari 13 persatuan yang bernaung di bawah MWNBD.

Pada majlis itu, bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Naib Yang Di-Pertua II MWNBD, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan pula dibacakan oleh Pengerusi Bahagian Keagamaan MWNBD, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar.

Sementara bacaan doa penutup dibacakan oleh ahli persatuan WI, Hajah Sa’adiah binti Haji Ibrahim.

Majlis tadarus MWNBD ini akan diteruskan lagi pada Ahad ini di kediaman Pengiran Hajah Rakiah di Kampung Sungai Tilong.

Di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait di Jalan Maulana pula, Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) baru-baru ini telah menga-dakan aktiviti yang sama sepanjang bulan Ramadan.

Ia telah dihadiri oleh 60 orang dari Ahli Perkumpulan Perempuan, peserta-peserta 70 kali Khatam dan ahli-ahli Muslimah Masjid Mohammad Jamalul Alam serta Masjid Kampung Pandan.

Mengetuai bacaan tadarus itu ialah Yang Di-Pertua PKP, Hajah Kertini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah.

Majlis Bertadarus yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) yang berlangsung di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.
Majlis Bertadarus yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) yang berlangsung di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.
Yang Di-Pertua PERBEKAL (tengah) semasa hadir di majlis tadarus pagi kelmarin.
Yang Di-Pertua PERBEKAL (tengah) semasa hadir di majlis tadarus pagi kelmarin.

Dalam pada itu, Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) juga turut mengadakan majlis tadarus yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Mahmud berserta dengan ahli-ahli persatuan tersebut.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bertadarus dan tahlil.

Al-Quran merupakan petunjuk kepada manusia yang terhimpun pelbagai pengajaran meliputi kebaikan akhlak, kisah teladan, serta penawar segala penyakit batin seperti kufur, syirik, hasad dengki dan khianat.

Dengan adanya majlis seumpama ini ianya diharapkan dapat mendekatkan lagi diri dengan Al-Quran serta meningkatkan hubungan silaturahim di antara sesama saudara Islam.

ARTIKEL YANG SAMA