Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja

Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seramai 150 pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-muzium hari ini menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja bersempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-Muzium (1965-2015).

Hadir pada majlis bertahlil itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Juga hadir ialah Kurator Ilmu Kejadian, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II di Jabatan Muzium-muzium Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus.

Majlis tersebut bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan pembacaan tahlil beramai-ramai dan doa arwah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Abdul Kadir bin N.C. Mohamed.

 (dari kiri ke kanan) Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali dan Yang Berhormat Pehin Haji Hazair pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
(dari kiri ke kanan) Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali dan Yang Berhormat Pehin Haji Hazair pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Seramai  150 Pegawai dan Kakitangan Jabatan Muzium-muzium pagi tadi menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Seramai 150 Pegawai dan Kakitangan Jabatan Muzium-muzium pagi tadi menyertai majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Bacaan Tahlil itu adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa\ʼadul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa\ʼadul Khairi Waddien yang mangkat pada 3 Muharam 1407 Hijrah bersamaan 7 September 1986 adalah Sultan Brunei yang ke-28 dan dinamakan sebagai Arkitek Brunei Moden.

Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit mangkat pada 20 Syawal 1399 Hijrah bersamaan 13 September 1979.

Jabatan Muzium-muzium secara rasminya menyambut 50 tahun penubuhan jabatan berkenaan sepanjang tahun 2015 dengan menyediakan pelbagai aktiviti termasuk Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-muzium yang mula diadakan pada 18 Mei 2015 jam 6 petang di Masjid Ash-Shaliheen.

ARTIKEL YANG SAMA