Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Majlis Perundingan Mukim Kota Batu hari ini mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Turut hadir ialah ahli Majlis Perundingan Mukim Kota Batu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil.

Majlis tahlil ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang telah disusun oleh Majlis Perundingan Mukim Kota Batu bersempena dengan bulan Ramadan.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin turut hadir ke Majlis Bertahlil Majlis Perundingan Mukim Kota Batu.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin turut hadir ke Majlis Bertahlil Majlis Perundingan Mukim Kota Batu.

ARTIKEL YANG SAMA