Majlis Tahlil & Doa Arwah Kg Kilanas 12 Jun ini

Majlis Tahlil & Doa Arwah Kg Kilanas 12 Jun ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas akan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang diselajurkan dengan Majlis Penyerahan Derma bagi Anak-anak Yatim Kampung Kilanas bagi tahun ini.

Sehubungan dengan itu, para penduduk kampung serta ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid adalah dialu-alukan untuk menghadiri majlis penuh berkah ini yang akan diadakan pada 12 Jun bermula jam 3.30 petang di Masjid Kampung Kilanas.

ARTIKEL YANG SAMA