Majlis tahlil ITQSHHB

Majlis tahlil ITQSHHB

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini.

Majlis bersempena hari Haflu Takharruj institut berkenaan, telah diketuai oleh Pemangku Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali dan dihadiri pegawai, kakitangan dan seramai 200 orang pelajar institut tersebut.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin beramai-ramai serta doa kesyukuran yang telah dipimpin oleh Pengiran Haji Amirruddin bin Pengiran Haji Damit.

Menurut kenyataan ITQSHHB, Haflu Takhrarruj ke-3 akan diadakan pada 3 September 2015 ini di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Warga ITQSHHB yang mengikuti Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.
Warga ITQSHHB yang mengikuti Majlis tahlil di Kubah Makam Diraja kelmarin.