Majlis Tahlil Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong

Majlis Tahlil Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 1 Jun – Seramai 70 orang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Ugama, Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah di pejabat itu pagi tadi sempena menjelangnya bulan suci Ramadan.

Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diadakan di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, pagi kelmarin.
Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diadakan di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, pagi kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Telisai, Haji Junadi bin Haji Sabtu.

Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diadakan ini merupakan salah satu kegiatan tahunan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong yang bertujuan bagi mengingati para pegawai dan kakitangan serta kaum keluarga yang telah pun kembali ke rahmatullah.

ARTIKEL YANG SAMA