Majlis Tahlil Persatuan Bulan Sabit Merah

Majlis Tahlil Persatuan Bulan Sabit Merah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, hari ini, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang diselajurkan dengan majlis berbuka puasa yang berlangsung di rumah Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah, Sheikh Kadir Abdullah, di Jalan Kumbang Pasang, Gadong.

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Brunei dan Muara, Koperal Awangku Mohd Zahiruddin bin Pengiran Badaruddin.

Seramai 25 orang sukarelawan dari sekolah menengah dan 15 orang pegawai daripada persatuan tersebut telah menghadiri majlis berkenaan yang merupakan aktiviti tahunan persatuan itu di bulan suci Ramadan ini.

Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah ketika membaca Surah Yasin di majlis berkenaan.
Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah ketika membaca Surah Yasin di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA