Majlis tahlil sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia

Majlis tahlil sempena Hari Kaji Cuaca Sedunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Sempena Sambutan Hari Kaji Cuaca Sedunia pada setiap 23 Mac setiap tahun yang memperingati berkuat kuasanya Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (VMO) pada 1950, Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

Sambutan juga untuk memperingati sumbangan besar perkhidmatan kaji cuaca kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad, pengarah-pengarah, ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Asar berjemaah diikuti bacaan Surah Yasin dan Tahlil. Ia merupakan salah satu aktiviti yang diatur Jabatan Kaji Cuaca Brunei bagi sambutan itu di samping mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan kementerian yang hadir.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa  semasa menyertai Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Kaji Cuaca Sedunia di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas kelmarin

ARTIKEL YANG SAMA