Majlis Tahlil sempena HUT ABDB ke-55

Majlis Tahlil sempena HUT ABDB ke-55

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Tahlil khusus bagi Ayahanda dan Bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Majlis yang diadakan di Kubah Makam Diraja itu adalah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-55 Tahun.

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bersama anggota ABDB yang lainnya ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bersama anggota ABDB yang lainnya ketika mengadakan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja.

Turut hadir ialah pemerintah-pemerintah tentera, timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, komandan-komandan, pengarah-pengarah tentera dan awam, pegawai-pegawai, kakitangan tentera dan awam kementerian.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Kapten Ariffin bin Amit.

Acara tahlil yang diadakan selama dua hari ini, turut diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei hari ini, sementara Tentera Udara Diraja Brunei dan Institut Latihan ABDB akan mengadakan majlis tahlil esok.

ARTIKEL YANG SAMA