Majlis Tahlil Skuad Pertama Ahli Bomba Wanita 1987

Majlis Tahlil Skuad Pertama Ahli Bomba Wanita 1987

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Jun – Rombongan Skuad Pertama Ahli Bomba Wanita 1987, kelmarin, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah bagi ahli-ahli Bomba Wanita Skuad Pertama yang telah kembali ke rahmatullah di Tanah Perkuburan Islam Pangkalan Jalur, Lubok Pulau dan Tanah Perkuburan Kampung Sungai Panga, Sungai Kebun.

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi Allahyarhamah ABKW Hajah Safiah binti Haji Johari dan Allahyarhamah ASO Rohani binti Haji Jais itu dipimpin oleh Awang Muhamad Ali bin Hassan dan ABKS Kamalzurzaman bin Musa.

Hadir pada majlis berkenaan ialah isteri kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Hajah Kasmah binti Haji Mohiddin dan anak serta ahli-ahli keluarga Allahyarhamah.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Penolong Pengarah Operasi, Pejabat Penolong Pengarah Teknikal, Pusat Gerakan, kakitangan Stor Logistik, pegawai dan ahli Bomba Wanita Cawangan Operasi B Bomba Sungai Liang dan Cawangan Operasi E Balai Bomba Tutong, serta ahli bomba wanita yang telah berhenti daripada perkhidmatan.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti amal sempena bulan Ramadan bagi Bomba Wanita Skuad Pertama 1987, Pejabat Penolong Pengarah Operasi atas kebenaran pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rombongan akan meneruskan lagi aktiviti seumpama ini di tanah perkuburan berlainan bagi Allahyarhamah DSO Pengiran Hajah Ruhaini binti Pengiran Haji Ibrahim dan ASO Aloyah binti Haji Yusof minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA