Majlis terima mengadap Menteri Korea

Majlis terima mengadap Menteri Korea

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi ini berkenan menerima mengadap Menteri Luar Republik Demokratik Rakyat Korea, Tuan Yang Terutama Ri Su Yong di Qashr Al-Meezaan.

Tuan Yang Terutama berada di negara ini bagi rangka lawatan selama tiga hari, yang bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Korea.

Mengiringi Tuan Yang Terutama Ri Su Yong ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Asia dan Oceania, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Hwang Chol dan pegawai-pegawai kanan Republik Demokratik Rakyat Korea yang lain.

Turut hadir di majlis mengadap tersebut ialah Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea ke Negara Brunei Darussalam yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Kang Chol.

Juga hadir ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Ri Su Yong di Qashr Al-Meezaan kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Ri Su Yong di Qashr Al-Meezaan kelmarin. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir mengadakan jamuan tengah hari bagi Tuan Yang Terutama Ri Su Yong di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan. – Muiz Matdani
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir mengadakan jamuan tengah hari bagi Tuan Yang Terutama Ri Su Yong di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan. – Muiz Matdani

Sementara itu, pada sebelah tengah hari, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, menerima mengadap Tuan Yang Terutama Ri Su Yong, di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan dan berbincang mengenai hubungan dua hala dan hal ehwal serantau.

Duli Yang Teramat Mulia turut mengadakan jamuan tengah hari bagi Tuan Yang Terutama Ri Su Yong.

Berangkat sama ke jamuan tengah hari itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

ARTIKEL YANG SAMA