Majlis Wanita hulur sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

Majlis Wanita hulur sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Atas dasar pemedulian orang ramai dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di Nepal, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal.

Sumbangan berjumlah $1,500 itu telah diterima oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah di majlis yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

Menyerahkan sumbangan bagi pihak Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam ialah Yang Dipertuanya, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsad.

Setakat ini, tabung berkenaan telah berjaya mengutip sejumlah $156,624 termasuk sumbangan yang diterima pada hari ini.

Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal kepada Yang Berhormat Pehin.
Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal kepada Yang Berhormat Pehin.

ARTIKEL YANG SAMA