Majoriti pendengar muzik online guna telefon pintar

Majoriti pendengar muzik online guna telefon pintar

NEW YORK, 14 Sept – Majoriti pendengar muzik online kini menggunakan telefon pintar di tengah perkembangan perkhidmatan streaming, menurut kumpulan industri muzik sejagat semalam.

Persekutuan Industri Fonografi Antarabangsa (IFPL) dalam laporan 13 buah negara yang mendapati bahawa 55 peratus orang yang mendengarkan muzik di Internet berbuat demikian, meningkat dari 50 peratus daripada tahun sebelumnya, dengan AS mendahului pertumbuhan itu.

Masih kira-kira dua pertiga pendengar muzik online menggunakan komputer, tetapi bilangan itu telah berkurangan. Kajian mendapati perbezaan ketara dikalangan negara-negara, Mexico mendahului penggunaan telefon pintar pada 77 peratus manakala Jepun hanya 39 peratus yang mendengar dengan menggunakan telefon sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan lalu.

Laporan itu telah meninjau 900 orang di setiap negara pada bulan Mac dan April, mendapati hubung kait kuat antara penggunaan telefon pintar dan langganan perkhidmatan streaming.

Apple iPad Pro dan iPhone 7 menggunakan perisian iOS 10 yang dikemas kini. – AP
Apple iPad Pro dan iPhone 7 menggunakan perisian iOS 10 yang dikemas kini. – AP

Badan industri muzik itu dikenali sebagai IFPL mahukan para pendengar muzik supaya membayar bagi perkhidmatan streaming, dengan menilai langganan sebagai sumber kukuh pertumbuhan dalam industri yang telah lama bermasalah.

Dalam laporan tahunan terbarunya, persekutuan itu melaporkan bahawa streaming pada tahun 2015 membawa peningkatan ketara dalam penghasilan industri muzik sejak bermulanya muzik online.

Penemuan terbaru ini dibuat ketika telefon pintar menjadi lumrah di dunia yang membangun, membawa kepada kematangan pasaran yang berkembang pesat.

Apple tahun lalu begitu mempertaruhkan streaming dengan melancarkan perkhidmatan Apple Music – baru-baru ini mendedahkan model iPhone terbarunya tidak mempunyai peranti jack fizikal fon kepala. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA