Maju Motor sumbang baju rasmi kepada ahli BOVG

Maju Motor sumbang baju rasmi kepada ahli BOVG

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei telah menyampaikan baju rasmi kepada ahli-ahli BOVG bagi penyertaan mereka ke Borneo Bug Fest 2016 di Sabah.

Hadir pada majlis penyampaian itu ialah BOVG Caretaker, Haji Hamid dan Pengurus Pemasaran Volkswagen, Awang Ammirul Ammar Adanan bersama ahli dan perwakilan BOVG dan Volkswagen Brunei. “Volkswagen Brunei sangat gembira BOVG mendatangi kami bagi menyokong dan mewakili jenama kami, kami sangat gembira untuk menaja penyertaan serta baju rasmi mereka untuk digunakan semasa Borneo Bug Fest 2016,” kata Pengiran Ammirul.

Brunei akan diwakili oleh 12 orang ahli BOVG dengan kereta Beetle klasik yang jarang sekali dilihat, ‘The Country Bug’ yang akan dipamerkan di Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah. Pada 1 Disember ini, peserta Borneo Bug Fest 2016 di Sabah dari seluruh Borneo (Malaysia dan Indonesia) akan berhenti seketika di Bilik Pameran Volkswagen, Jalan Telanai dan akan mengadakan sesi bertemu bersama peminat Volkswagen bermula jam 1 petang.

Maju Motors Sdn Bhd ketika menyampaikan baju rasmi ahli BOVG bagi menghadiri Borneo Bug Fest 2016 di Sabah, Malaysia.
Maju Motors Sdn Bhd ketika menyampaikan baju rasmi ahli BOVG bagi menghadiri Borneo Bug Fest 2016 di Sabah, Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA