Maju Motors anjur Karnival Ulang Tahun Istimewa

Maju Motors anjur Karnival Ulang Tahun Istimewa

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kereta jenama Volkswagen di Brunei akan mengadakan Karnival Ulang Tahun Istimewa di Bilik Pameran Volkswagen, Maju Motors bermula esok hingga 10 Mei.

Sepanjang acara itu, para pengunjung akan berpeluang melihat lebih dekat model-model terbaru Volkswagen termasuk Golf Sportsvan, Volkswagen Passat yang memegang gelaran kereta tahunan terbaik berprestij, serta versi terbaru Beetle Tiguan dan Touran yang pastinya akan menjadi tarikan orang ramai.

Pengarah Eksekutif Maju Motors, Chan Key Hong, berkata tahun ini adalah tahun terbaik bagi syarikat mereka,

“Dalam tahun 2014 kami telah berjaya menghantar lebih 1,000 buah kereta dalam jangka masa setahun buat kali pertamanya, dan para pemilik kereta Volkswagen di Brunei semakin meningkat,” ujarnya.

Ini, tambahnya, kerana mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan secara efisien, bagi mencapai dan memperoleh jangkaan pelanggan.

Di samping menyaksikan pameran, pengunjung karnival tiga hari itu juga akan berpeluang membuat uji pandu, menikmati jamuan daripada Wing-it, Muffins Paradise Brunei dan Doug’s Cakoi, serta menyertai pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

Karnival akan bermula pada jam 3 petang pada 8 Mei dan dari 9 pagi hingga 3 petang pada 9 dan 10 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA