Maju Motors perkenal Kelab Elit Volkswagen

Maju Motors perkenal Kelab Elit Volkswagen

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Maju Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi jenama Volkswagen di Brunei, baru-baru ini telah menyerahkan kad keahlian Kelab Elit Gold kepada pelanggan pertama bagi kelab baru di bawah Kelab Elit Volkswagen kepada Dayang Nurul Faizah binti Ya’akub, bersama kereta barunya, Tiguan 2.0L.

Menurut kenyataan daripada Maju Motors, kelab yang baru diperkenalkan khas buat para pelanggan syarikat itu, ia mengandungi tiga peringkat keahlian iaitu Silver (Perak), Gold (Emas) dan Platinum yang memberi ahlinya pakej servis terangkum penuh bagi kenderaan mereka, serta akses kepada pelbagai jenis keistimewaan pada harga yang berpatutan.

Bagi pemegang kad Silver, para ahlinya boleh mendapat hak istimewa selama tiga tahun bagi menservis kereta secara percuma, 15 peratus diskaun bagi bahagian peralatan dan aksesori kenderaan, serta undangan eksklusif kepada acara-acara dan pelancaran produk baru.

Sementara itu, bagi pemegang kad Gold dan Platinum, keistimewaan tambahan termasuk keutamaan tempahan servis bagi pengalaman bebas kesulitan, tambahan tahun percuma bagi perkhidmatan servis, diskaun lebih besar ke atas sebarang pembelian alat dan aksesori kenderaan, serta pendaftaran langsung dalam cabutan bertuah di mana para pelanggan akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Dayang Nurul Faizah bersama kereta barunya, Tiguan 2.0L menerima kad keahlian Gold daripada pihak Maju Motors.
Dayang Nurul Faizah bersama kereta barunya, Tiguan 2.0L menerima kad keahlian Gold daripada pihak Maju Motors.

Pengurus Besar Maju Motors, Bernd Siffling dalam kenyataan itu berkata, “Bilangan pemilik kenderaan Volkswagen di Brunei semakin bertambah dari sehari ke sehari, oleh itu, kami ingin menawarkan kepada para pelanggan satu program yang akan memperbaharui pengalaman pemilikan.”

“Dengan menjadi ahli Kelab Elit Volkswagen, ia sangat berbaloi bukan saja dari segi mendapat perkhidmatan servis percuma namun faedah serta keistimewaan lain seperti diskaun peralatan kenderaan dan undangan VIP kepada acara-acara yang akan menjadikannya lebih menarik.”

Kelab Elit Volkswagen kini sudah aktif, sehubungan itu bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli kelab berkenaan bolehlah menghubungi terus perwakilan penjualan bagi mengetahui lebih lanjut butiran penuh program itu.

ARTIKEL YANG SAMA