Maju Motors promosi ‘Ramadan Food Wheel’

Maju Motors promosi ‘Ramadan Food Wheel’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Maju Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei, kini menjalankan promosi “Ramadan Food Wheel” .

Promosi ini dibukakan kepada pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli kereta Volkswagan, di mana mereka akan diberi peluang untuk membuat putaran roda untuk memenangi baucar makan dan baucar membeli belah.

Antara baucar restoran untuk dimenangi ialah Saffron, Pondok Sari Wangi, Au Lait, iLotus dan Buffalo Steak House.

Selain itu, Volkswagen Brunei turut mengadakan tawaran hebat Hari Raya yang telah bermula 15 Mei hingga 15 Julai ini, di mana pelanggan yang membeli kereta akan berpeluang memenangi salah satu daripada 100 jenis hadiah termasuk wang tunai $5,000, peranti Apple dan Samsung terkini, barangan elektronik dan pakej penjagaan kereta.

ARTIKEL YANG SAMA