Maju Motors Sdn Bhd rai ulang tahun ke-15

Maju Motors Sdn Bhd rai ulang tahun ke-15

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Maju Motors Sdn Bhd telah meraikan ulang tahunnya yang ke-15 dengan majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Maju Motors, Beribi, hari ini.

Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan berkata, sejak penubuhannya 15 tahun lalu, Maju Motor mencatat perkembangan terutamanya dari segi jualan kereta Volkswagen sejak dua tahun kebelakangan ini, malah Maju Motors juga pernah mencatat jualan lebih 1,000 buah kereta pada tahun 2014.

Menurut beliau lagi, walaupun pasaran kereta di negara ini menurun 30-40 peratus, jualan Volkswagen berjaya meraih 6-7 peratus daripada pasaran berkenaan.

Bagi kedatangan tahun baru ini, katanya, pihak mereka juga menyediakan pelbagai strategi dan barisan model Volkswagen terbaru yang sesuai dengan pasaran Negara Brunei Darussalam.

Chan Key Hong bergambar ramai bersama ahli kakitangan Maju Motors ketika meraikan ulang tahun Maju Motors ke-15 tahun.
Chan Key Hong bergambar ramai bersama ahli kakitangan Maju Motors ketika meraikan ulang tahun Maju Motors ke-15 tahun.

Katanya, pelanggan sering menumpukan kepada kereta yang mempunyai penggunaan bahan api yang efisien, mempunyai kekuatan kuasa kuda yang cekap dan keselamatan yang dipercayai.

“Jadi kami sudah bersedia untuk membawa sebuah lagi model sedan keluaran terbaru daripada Volkswagen yang akan dipasarkan di Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi,” tambah beliau.

Pada majlis sambutan berkenaan, Chan Key Hong bersama Pengurus Besar Volkswagen Brunei Darussalam, Bernd Siffling turut memotong kek ulang tahun, diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama kakitangan Maju Motors dan seterusnya menikmati jamuan.

ARTIKEL YANG SAMA