Makan Ceria adakan bacaan Ratib Al-Attas

Makan Ceria adakan bacaan Ratib Al-Attas

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Bersempena dengan peletakan batu asas bagi projek cawangan pandu lalu McDonald’s di Jerudong Park, baru-baru ini, Makan Ceria Sdn Bhd selaku pemegang francais McDonald’s di Brunei telah mengadakan majlis membaca Ratib Al-Attas di McDonald’s, Gadong, hari ini.

Pada majlis yang dikendalikan bersama jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang itu, bacaan Ratib Al-Attas dipimpin oleh imam masjid, Awang Nuzli bin Haji Jumat dan disertai lebih 30 orang jemaah termasuk pihak pengurusan dan kakitangan Makan Ceria Sdn Bhd.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas beramai-ramai dan doa selamat.

Atas & bawah – Majlis bacaan Ratib Al-Attas bersama jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, dipimpin oleh Awang Nuzli.
Atas & bawah – Majlis bacaan Ratib Al-Attas bersama jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, dipimpin oleh Awang Nuzli.

pg09_151205_a

Turut hadir majlis itu ialah Pemangku Pengurus Besar McDonald’s Brunei, Mohamad Al-Fatah bin Haji Seruji.

Menurut Eksekutif IT Makan Ceria, Awang Nabil Fikri, selain daripada mengadakan majlis membaca Yasin setiap minggu pada setiap hari Jumaat bersama kakitangan, syarikat tersebut juga buat pertama kalinya mengadakan acara Ratib Al-Attas itu bersama para jemaah bagi menolak bala dan bersyukur atas limpah kurnia Allah Subahanahu Wata\ʼala.

Majlis seperti ini akan diteruskan lagi pada setiap bulan.

ARTIKEL YANG SAMA