Makan malam Deloitte & Touche rai kakitangan

Makan malam Deloitte & Touche rai kakitangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Deloitte & Touche Brunei, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Makan Malam Kakitangan 2016 di Bilik Persidangan Sejahtera, Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas, di ibu negara.

Apa yang menarik pada majlis itu adalah ia mengetengahkan tema ceria Disney, di mana rakan-rakan kongsi dan kakitangan mengenakan pakaian watak-watak Disney pilihan masing-masing daripada yang klasik Minnie Mouse, hingga yang terkini Star Wars, dengan salah seorang pengurus audit memakai pakaian watak Jedi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Klien dan Pasaran SEA Deloitte, Philip Yuen, yang datang khas ke negara ini untuk menghadiri acara itu.

Antara acara menarik dalam majlis itu ialah pondok gambar, perarakan watak Disney, permainan-permainan menyeronokkan seperti teka lagu Disney dan charade Disney, serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa Apple iPhone 6 Gold.

Philip Yuen bergambar dengan watak Baymax (Lau Tat Ging) and Mr. Potato Head (Dayangku Khadi-jah).
Philip Yuen bergambar dengan watak Baymax (Lau Tat Ging) and Mr. Potato Head (Dayangku Khadi-jah).

ARTIKEL YANG SAMA