Makan Malam Eksais BRUSING 2016

Makan Malam Eksais BRUSING 2016

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Bersempena berakhirnya Eksais (Latihan) BRUSING kali ke-24 tahun 2016 di antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura, satu majlis makan malam telah diadakan malam tadi yang berlangsung di Dewan Banquet, Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis, Gadong.

Hadir di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor dan juga Timbalan Pesuruhjaya Dasar Polis Singapura, DC Lim Kok Thai.

Turut hadir pada majlis makan malam tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Majlis diserikan dengan penyampaian sijil dan pertukaran cenderamata daripada kedua belah pihak, diikuti dengan persembahan daripada anggota Polis Diraja Brunei.

DC Lim Kok Thai menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Dato Paduka Seri Haji Bahrin (kanan) semasa Majlis Makan Malam Penutup Eksais BRUSING kali ke-24 tahun 2016 di antara Polis Diraja Brunei dan Polis Singapura.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota Polis Singapura.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota Polis Singapura.

Kontinjen Gurkha yang terdiri daripada 46 anggota daripada Pasukan Polis Singapura telah menamatkan eksais tahunan di Kem Mariam, Daerah Temburong kelmarin, selepas 16 hari membuat latihan ketahanan diri di dalam hutan tebal.

Eksais BRUSING yang bermula sejak tahun 1993 itu telah diadakan setiap tahun. Ia melambangkan kerjasama dua hala diantara Polis Diraja Brunei dan Polis Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA