Makan Malam Penghargaan sempena larian amal CHMS

Makan Malam Penghargaan sempena larian amal CHMS

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Sempena meraikan kejayaan Larian Amal Persatuan Alumni Chung Hwa Middle School (CHMS) yang berlangsung pada 16 Oktober lalu, satu Majlis Makan Malam Penghargaan telah diadakan di Restoran Stadium, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Menurut Pengerusi Persatuan Alumni CHMS, Tan Guan Siong dalam ucapannya menyatakan bahawa larian amal ini telah disertai lebih 800 orang peserta dan telah berjaya mengutip dana bernilai $11,503.

Sebanyak 30 peratus daripada dana ini, jelasnya lagi, akan disumbangkan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan KACA, SMARTER Brunei, CHMS Bandar Seri Begawan dan Dana Pendidikan Persatuan Bekas Penuntut CHMS.

Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama para jemputan khas.
Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama para jemputan khas.

Terdahulu, majlis malam tadi menyaksikan Pehin Goh King Chin menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil Persatuan KACA, SMARTER Brunei, CHMS Bandar Seri Begawan dan Dana Pendidikan Persatuan Bekas Penuntut CHMS.

Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan KACA, SMARTER Brunei juga masing-masing turut menerima 65 inci matrix TV set dan 20 karton minuman Air Mineral yang disumbangkan daripada The Little Bean Co.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para penaja-penaja larian tersebut dan juga ahli-ahli komuniti larian amal CHMS yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Alumni CHMS.

ARTIKEL YANG SAMA