Makan malam rai All Seasons

Makan malam rai All Seasons

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Bagi memperkenalkan cawangan restoran yang baru dibuka, Restoran All Seasons telah mengadakan Majlis Makan Malam Pengenalan All Seasons di Tingkat Mezzanine (M), Hotel Parkview, Kampung Jerudong, malam ini.

Berkenan berangkat ke majlis makan malam itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain dan hampir 300 jemputan lain yang terdiri daripada duta-duta ke Negara Brunei Darussalam, ahli-ahli badan korporat dan syarikat-syarikat serta jemputan lainnya.

Cawangan keempat dan terbaru ini turut menyediakan beberapa buah bilik dengan ruang yang cukup luas sesuai untuk acara-acara persendirian yang mampu menampung seramai 300 orang, dilengkapi dengan kemudahan sistem PA, projektor dan kemudahan Wi-Fi secara percuma.

Bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di hotel tersebut, restoran ini turut menyediakan Dewan Barakah di Tingkat 7 yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 jemputan dengan tambahan tiga bilik VIP.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain malam tadi berkenan berangkat ke majlis Makan Malam Pengenalan All Seasons di cawangan barunya di Tingkat Mezzanine (M), Hotel Parkview, Kampung Jerudong. Majlis makan malam Restoran All Seasons itu turut dihadiri hampir 300 jemputan lain terdiri daripada duta-duta, ahli-ahli korporat dan syarikat serta jemputan lainnya

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki bersama jemputan lain hadir pada majlis Makan Malam Pengenalan All Seasons.
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki bersama jemputan lain hadir pada majlis Makan Malam Pengenalan All Seasons.

Restoran yang terkenal dengan hidangan dim sum ini juga menampilkan hidangan terbarunya seperti Rainbow Bao dan Hello Kitty Bao serta hidangan-hidangan dari barat dan timur antaranya ‘Beijing Duck’ dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA