Makan semut hitam demi untuk terus hidup

Makan semut hitam demi untuk terus hidup

PERTH, Australia, 13 Okt – Seorang lelaki yang hilang selama enam hari di gurun terpencil Australia di tengah cuaca panas membakar tanpa air telah ditemui hari ini selepas bertahan hidup dengan memakan semut hitam, menurut polis.

Reg Foggerdy, 62 tahun hilang pada 7 Oktober dalam perjalanannya menuju khemah Shooter’s Shack dekat Laverton di GoldFields Barat Australia, kira-kira 950km timur laut Perth, dalam perjalanan memburu.

Apabila dia gagal pulang, anggota keluarganya membuat laporan dan usaha mencari oleh pengesan polis akhirnya menemuinya berada 15 kilometer dari tempat dia hilang.

Superintenden Polis GoldFields, Andy Greatwood berkata Foggerdy telah duduk di bawah pokok sama selama dua hari lalu, tanpa air ketika pengalaman peritnya itu.

“Dia memakan semut hitam, begitulah bagaimana dia bertahan, cara hebatnya untuk terus bertahan dan cara hebat oleh pengesan kami yang menemuinya di tempat yang amat terpencil itu,” dia memberitahu akhbar West Australia.

“Dia dalam keadaan yang amat kekurangan air dalam badan, mengalami delusi namun dan mungkin kebanyakan orang tidak akan dapat bertahan hidup,” adik perempuannya yang merasa lega, Christine Ogden, yang berkata abangnya adalah seorang pemburu nomad yang berpengalaman, memberitahu Radio ABC.

“Saya akan memberikannya telefon satelit bagi memastikan dia akan dilengkapi peralatan pada masa hadapan,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA