Makanan eksot...

Makanan eksotik kepala arnab di Sichuan, China

CHENGDU – Orang ramai kelihatan sangat rakus dan leka membuka kepingan isi-isi daging kepala arnab dan menyedut rempah-rempah yang tersisa di celah-celah isi kepala arnab tersebut.

Mungkin bagi sesetengah anda beranggapan bahawa makanan ini sangat teruk dan mengelikkan namun bagi kebanyakan penduduk di sini, tidak. Makanan eksotik ini merupakan makanan istimewa yang begitu terkenal di wilayah tersebut malah para pengusaha makanan ini turut mengimport nya ke Perancis.

Wilayah Sichuan ini begitu sinonim dengan hidangan tempatan yang sangat pedas dan salah satu hidangan yang terkenal ialah otak arnab yang diperap dengan pelbagai jenis rempah ratus yang sangat pedas.

Penduduk sekitar wilayah itu sering menjamah makanan itu pada waktu malam dan kebanyakan kedai-kedai makan menawarkan pelbagai set hidangan istimewa untuk hidangan eksotik itu. Di sebuah restoran yang dikenali sebagai ‘Shuangliu Laoma Tutou’ yang terletak di tengah-tengah bandar Sichuan, berpuluh-puluh pelanggan telah menggunakan tangan mereka untuk membuka beberapa kepingan isi daging yang terdapat di kepala arnab yang sudah dimasak dan diliputi dengan sos yang begitu enak. Kebanyakan pelanggan akan menyedut dan menggigit daging-daging itu dengan puas.

“Jika masyarakat Sichuan tidak memakan hidangan makanan yang sangat pedas ini setiap hari, mereka tidak akan pernah puas dan tidak senang hati. Namun bagi saya, saya akan memakannya sekali dalam seminggu,” kata seorang wanita yang berumur 20 tahun yang sedang makan bersama-sama dengan rakannya kepada wartawan AFP.

Wilayah Sichuan ini begitu sinonim dengan hidangan tempatan yang sangat pedas dan salah satu hidangan yang terkenal ialah otak arnab yang diperap dengan pelbagai jenis rempah ratus yang sangat pedas. – AFP
Wilayah Sichuan ini begitu sinonim dengan hidangan tempatan yang sangat pedas dan salah satu hidangan yang terkenal ialah otak arnab yang diperap dengan pelbagai jenis rempah ratus yang sangat pedas. – AFP
Hidangan istimewa ini hanya khusus di kawasan tersebut malah makanan ini jarang ditemui di luar beberapa buah bandar dan restoran terutama sekali di Beijing dan bandar-bandar utama yang lain. – AFP
Hidangan istimewa ini hanya khusus di kawasan tersebut malah makanan ini jarang ditemui di luar beberapa buah bandar dan restoran terutama sekali di Beijing dan bandar-bandar utama yang lain. – AFP
Secara mitos, arnab mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam budaya kaum China dan haiwan ini dianggap sebagai comel oleh kebanyakan golongan muda dan tidak pernah terfikir bahawa haiwan ini juga boleh dimakan dan dihidangkan. – AFP
Secara mitos, arnab mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam budaya kaum China dan haiwan ini dianggap sebagai comel oleh kebanyakan golongan muda dan tidak pernah terfikir bahawa haiwan ini juga boleh dimakan dan dihidangkan. – AFP

Bagi kebanyakan penduduk di barat sering mengelakkan bahagian-bahagian haiwan seperti paruh itik, kaki ayam, kepala dan badat untuk dimakan namun bagai negara China, ia tidak, malah bahagian-bahagian ini adalah juadah gourmet yang istimewa dan sangat digemari. Namun di sana, makan daging arnab tidaklah terlalu terkenal sebagaimana makanan yang lain begitu juga dengan kepalanya namun di wilayah Sichuan, hidangan makanan itu sangat terkenal dan digemari walaupun terletak terpencil dan diasingkan oleh banjaran gunung yang tinggi.

Hidangan istimewa ini hanya khusus di kawasan tersebut malah makanan ini jarang ditemui di luar beberapa buah bandar dan restoran terutama sekali di Beijing dan bandar-bandar utama yang lain. “Dua daripada tiga kepala arnab akan digunakan di China dan dimakan di wilayah Sichuan,” kata Wang Min, Pengurus restoran Chengdu sambil menambah ia snek kepada penduduk tempatan kepada wartawan AFP.

“Para ibu bapa dan datuk nenek saya sering memakan hidangan ini. Saya sering kali menikmatinya sejak zaman kanak-kanak lagi. Kawan-kawan saya di wilayah Guanxi di Selatan China dan di tempat yang lain tidak akan pernah faham mengapa kami memakan kepala-kepala arnab ini,” tambah Wang kepada wartawan AFP sambil berdiri di sebelah seorang pelanggan di restoran miliknya.

Bergelut

Di restoran beliau, Wang sering bergelut dengan tukang masak, Yin Dingjun untuk mendapatkan resipi kepala arnab yang sedap dan lebih pedas dengan menggunakan beberapa teknik yang mantap. “Anda perlu mengalirkan isi arnab di dalam mulut anda kemudian keluarkan keberanian untuk menjamah isi daging di kepala arnab tersebut yang disimpan di dalam sup untuk beberapa jam,” tambah Yin kepada wartawan AFP.

Secara mitos, arnab mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam budaya kaum China dan haiwan ini dianggap sebagai comel oleh kebanyakan golongan muda dan tidak pernah terfikir bahawa haiwan ini juga boleh dimakan dan dihidangkan dalam bentuk hidangan makanan yang istimewa malah dengan memakan kepala arnab seolah-olah mengamalkan satu teknik ciuman yang selalu diamalkan oleh penduduk Perancis.

Walaupun menyedut dan menggigit kepingan isi daging di kepala arnab ini kelihatan sangat aneh dan ganjil namun di China, hidangan ini merupakan satu hidangan budaya yang terkenal dan diamalkan sekian lama di wilayah Sichuan. Fuchsia Dunlop, pakar makanan China yang berpangkalan di London berkata kepada wartawan AFP bahawa memang banyak makanan pedas yang terdapat di China seperti kepala itik pedas yang diliputi dengan lada dan cili yang banyak namun masih sedap dan enak.

Bagi kebanyakan penduduk di Sichuan, bermain dengan gastronomi di wilayah itu adalah satu keseronokan dan kebanyakan mereka sering bergelut untuk menghidangkan apakah makanan yang lebih sedap dan melambangkan budaya di wilayah itu. “Dengan menggunakan tangan dan gigi anda, ia sudah cukup untuk memberikan kami keseronokan untuk menikmati lagi hidangan eksotik ini,” tambah salah seorang penggemar makanan itu kepada wartawan AFP.

Menakutkan

“Saya telah menjual sekitar lapan juta ekor arnab setiap tahun namun saya sering menerima tempahan yang tinggi untuk haiwan itu dan sering bergelut untuk memenuhi permintaan para pelanggan. Hasilnya, saya terpaksa mengimport sebanyak 20 peratus kepala arnab dari Eropah terutama dari Itali dan Perancis dan kebanyakan kepala-kepala ini telah dibekukan terlebih dahulu,” kata timbalan pengerusi Hage, pembekal produk dan daging arnab, Rong Lipeng kepada wartawan AFP.

Perancis telah mengeksport sekitar 166 tan daging arnab dan organ-organ arnab yang boleh dimakan ke China pada tahun 2014. Baru-baru ini beberapa buah syarikat dari Perancis telah membuka beberapa buah kilang dan ladang untuk menternak arnab dan menjualnya kepada peniaga-peniaga tempatan di China.

“Saya berharap satu hari nanti, permintaan ini akan terus berkembang selain di Sichuan namun cabaran dan halangan sangat tinggi kerana masih ramai orang luar dari wilayah itu merasakan memakan kepala arnab sangat menakutkan dan mengerikan,” kata Fabien Coisne mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA