Makelele dila...

Makelele dilantik untuk bantu Clement

LONDON, 12 Jan – Swansea City, yang bergelut dalam Liga Perdana, telah melantik bekas pemain tengah Perancis, Claude Makelele (gambar) dilantik sebagai penolong jurulatih kelab tersebut, sekali gus mempertemukan semula dirinya dengan pengurus Paul Clement.

Makelele, 43, yang mempunyai 71 penampilan kebangsaan, mengikat kontrak sehingga akhir musim dengan matlamat utama bagi mengekalkan status Swansea di Liga Perdana. Swansea kini berada di tangga kedua tercorot, namun hanya satu mata untuk keluar ke zon selamat manakala Clement adalah pengurus ketiga mereka untuk kempen kali ini.

Makelele sangat mengenali Clement dengan kedua-duanya pernah bekerja bersama di Chelsea sebelum menggalas tugas kejurulatihan di Paris Saint-Germain di bawah Carlo Ancelotti.

“Swansea City dengan sukacitanya mengesahkan bekas pemain kebangsaan Perancis, Claude Makelele sudah menyertai kakitangan kejurulatihan kelab,” kata kelab itu dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA