Makluman gangguan perkhidmatan TelBru

Makluman gangguan perkhidmatan TelBru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Telekom Brunei Berhad (TelBru) kini berusaha mempertingkatkan dan memperbaiki penyambungan dan perkhidmatan melalui penaiktarafan dan pemasangan alat pengasingan pada kabinet di beberapa kawasan.

Langkah tersebut akan menjejaskan perkhidmatan telefon dan pelanggan internet jalur lebar di kawasan Gadong dan pusat bandar iaitu di sekitar Kompleks Abdul Razak pada 11 Mei; Simpang 364 dan Simpang 471, Jalan Perindustrian Beribi Gadong pada 12 Mei.

Dua lagi kawasan yang akan turut terjejas adalah di Simpang 185 dan Simpang 52, Jalan Tungku pada 14 Mei dan di Bangunan Abd Karim, Low San Flat and Simpang 10-50 Jalan Kebangsaan pada 15 Mei ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TelBru di sini, kerja-kerja tersebut akan bermula pada jam 11.00 malam dan kerja bagi setiap kabinet dianggarkan memakan masa selama dua jam.