Makluman gangguan perkhidmatan telefon, Internet

Makluman gangguan perkhidmatan telefon, Internet

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jan – Untuk menyesuaikan penaiktarafan Taman Perindustrian Salambigar, Telekom Brunei Berhad (TelBru) akan menjalankan pemotongan kabel tembaga di kawasan berkenaan pada 29 dan 30 Januari.

TelBru dalam kenyataannya hari ini memberitahu, kerja-kerja penambahbaikan itu akan mengambil masa empat jam bagi setiap sesi bermula 11 malam.

Pemotongan itu bertujuan bagi penjajaran semula salur sedia ada TelBru.

Berikutan dengan ini, para pelanggan eSpeed TelBru yang menetap di kawasan terlibat akan mengalami gangguan perkhidmatan telefon dan Internet semasa kerja-kerja dilaksanakan.

TelBru turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku disebabkan perkara ini.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA