Makluman gangguan telefon di Gadong

Makluman gangguan telefon di Gadong

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan kepada para pelanggan bahawa penambah baikan perkhidmatan dengan memasang pembahagi baru dalam kabinet di kawasan-kawasan Gadong, pada tarikh-tarikh tertentu.

TelBru dalam kenyataannya memberitahu bahawa, perkhidmatan telefoni dan Internet pelanggan jalur lebar di kawasan-kawasan berkenaan akan terjejas buat sementara semasa kerja-kerja pemasangan dijalankan.

Kawasan-kawasan yang terjejas adalah Simpang 39, Jalan Ong Sum Ping and Simpang 126, Jalan Kumbang Pasang pada 4 Jun 2015; Kompleks Abdul Razak (Block B, E and F) , Jalan Gadong and Bangunan Haji Daud Complex, Jalan Gadong pada 5 Jun 2015; Simpang 46, Jalan Perusahaan Beribi pada 10 Jun 2015; dan Jalan Pasar Gadong (Simpang 235-7), Jalan Kiarong-Kiulap (Simpang 235), Jalan Dato Ratna (Simpang 22) and Kiarong Central Building, Jalan Kiarong-Kiulap pada 11 Jun 2015. Kerja-kerja akan bermula pukul 11 malam dan dijangka mengambil masa 2 jam bagi setiap kabinet.

Sehubungan dengan itu, TelBru memohon maaf kepada para pelanggan bagi sebarang kesulitan yang berlaku berikutan perkara ini.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh mengghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.