Makluman khidmat kaunter JPD, TAP untuk 30 Jun

Makluman khidmat kaunter JPD, TAP untuk 30 Jun

Oleh Sim Y.H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, cawangan Daerah Brunei dan Muara (Pejabat Lama), cawangan Daerah Belait, cawangan Daerah Tutong dan cawangan Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, iaitu mulai jam 8:15 hingga 11:30 pagi, pada Hari Khamis, 30 Jun 2016 dan akan ditutup pada sebelah petangnya.

Penutupan tersebut adalah disebabkan Penutupan Pertengahan Tahun Kewangan Bank 2016, kata Timbalan Pengarah JPD, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan kaunter tersebut akan beroperasi pada hari Jumaat, 1 Julai mulai 8:15 hingga 11 pagi.

Manakala Pemeriksaan Kenderaan di Ibu Pejabat JPD, Beribi, Jalan Gadong juga beroperasi pada hari Jumaat, 1 Julai mulai jam 8:15 hingga 10:30 pagi. Bagi cawangan JPD Daerah Tutong dan Daerah Belait juga akan beroperasi pada hari Jumaat, 1 Julai bagi perkhidmatan-perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan mulai jam 8:15 pagi hingga 11 pagi. Manakala Pemeriksaan Kenderaan di cawangan JPD Daerah Tutong dan Daerah Belait adalah dari jam 8:15 hingga 10:30 pagi.

Sementara itu, Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunter Pembayaran Caruman di semua cawangan TAP akan ditutup pada hari Khamis, 30 Jun bagi penutupan setengah tahun pihak bank.

Bagaimanapun, kaunter perkhidmatan, kaunter pertanyaan, kiosk e-Info TAP, perkhidmatan online e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan kaunter pembayaran di Ibu Pejabat TAP, Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan Kianggeh akan kembali beroperasi pada hari Jumaat, 1 Julai.

ARTIKEL YANG SAMA