Makluman latihan tembak

Makluman latihan tembak

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan latihan tembak pada 17 hingga 20 Oktober, 22 dan 31 Oktober serta 1 November depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkannya, latihan yang akan berjalan dari jam 7 pagi hingga 5 petang di Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Jalan Aman itu akan menggunakan bahan letupan.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak merasa cemas dengan bunyi letupan pada tarikh, waktu dan kawasan yang telah dinyatakan.

ARTIKEL YANG SAMA