Makluman latihan tembak

Makluman latihan tembak

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan bahawa Latihan Tembak bagi anggota pengiring keselamatan akan diadakan pada 7, 8, 10, 13 dan 15 Oktober ini dari pukul 7:00 pagi hingga 1:00 petang serta 20 dan 21 Oktober dari 7:00 malam hingga 12:00 malam di Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Jalan Aman, Kampung Sungai Akar.

Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal berdekatan dinasihatkan supaya tidak menghampiri dan merasa cemas dengan bunyi bahan letupan dan bunyi tembakan yang akan digunakan dalam latihan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA