Makluman penggantian kabel TelBru

Makluman penggantian kabel TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian/pemindahan (cutover) kabel tembaga di Jalan Babu Raja pada 27 dan 28 September ini akan bermula 12:05 tengah malam hingga 5:00 pagi bagi setiap sesi.

Kawasan-kawasan yang terjejas akibat kerja-kerja itu nanti termasuk Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Tumasek; Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; Km 2 sehingga Km 4 Jalan Tutong; dan Balai Bomba Kampung Tumasek.

Menurut kenyataan TelBru, hari ini, penggantian/pemindahan ini bertujuan untuk melencongkan kabel-kabel sedia ada yang terjejas berikutan kerja-kerja pembesaran jalan raya di kawasan-kawasan berkenaan.

Semasa penggantian/pemindahan itu, perkhidmatan e-Speed dan telefon bagi penduduk di kawasan-kawasan yang disebutkan juga akan terjejas.

Sehubungan itu, TelBru dalam kenyataannya, memohon maaf dan mengesali sebarang kerumitan yang timbul akibat perkara ini.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 111.

ARTIKEL YANG SAMA