Makluman penutupan jalan

Makluman penutupan jalan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebahagian jalan raya menuju ke Bandar Seri Begawan melalui Jalan Residency, Kota Batu berdekatan dengan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan akan ditutup sementara bermula 10 pagi hari ini (6 Oktober).

Menurut kenyataan JKR, di sini, hari ini, penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah di jalan tersebut dan ia akan ditutup sehingga kerja-kerja berkenaan selesai.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut supaya akan sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda arahan yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

JKR, dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa usaha bagi menyiapkan kerja-kerja membaik pulih berkenaan akan disegerakan dan memohon maaf atas ketidakselesaan para pengguna jalan raya.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan e-mail pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA