Makluman penutupan jalan

Makluman penutupan jalan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Jabatan Kerja Raya (JKR), melalui Jabatan Jalan Raya, memaklumkan bahawa jambatan Sungai Kilanas, Jalan Tutong berdekatan dengan simpang 981 menghala ke Tutong akan ditutup sepenuhnya dan jalan lencongan telah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Menurut kenyataan JKR, penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan jambatan yang sedang dilaksanakan pada masa ini dan akan ditutup hingga kerja-kerja pembaikan selesai.

Sehubungan itu, JKR mengingatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda jalan raya yang dipasang apabila mendekati kawasan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA