Makluman penutupan jalan

Makluman penutupan jalan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini memaklumkan mengenai penutupan jalan bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Tutong bagi Tahun 2016 pada 19 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, penutupan berkenaan akan bermula pada jam 6:30 pagi sehingga acara selesai.

Jalan-jalan yang akan ditutup sepenuhnya termasuk simpang tiga Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong; simpang tiga di hadapan Dewan Kemasyarakatan Tutong; Pusing Keliling (Jalan Masuk dan Keluar dari Dewan Kemasyarakatan Tutong); dan Simpang 59 berdepan dengan TelBru Tutong.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya akan mematuhi arahan yang diberikan oleh semua anggota yang bertugas semasa majlis tersebut nanti.

ARTIKEL YANG SAMA