Makluman pertukaran tarikh Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala NBT

Makluman pertukaran tarikh Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala NBT

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa tarikh Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala NBT kali kelima 2016 yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei 2016, jam 2:45 petang akan diubah kepada 15 Mei ini pada jam 8:45 pagi.

Walau bagaimanapun, tempat adalah sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Perlawanan tersebut merupakan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan ditaja oleh NBTBrunei Sdn Bhd.