Makluman Sukan Ria Antara Syarikat

Makluman Sukan Ria Antara Syarikat

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Memandangkan permintaan yang amat menggalakkan, pendaftaran untuk beberapa acara Sukan Ria Antara Syarikat telah dilanjutkan bagi memeriahkan lagi sukan sektor swasta tersebut.

Pesta sukan yang akan dirasmikan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pada 10 April ini akan membuka tirai dengan cabaran larian bermula jam 6 pagi. Penyertaan untuk acara ini ditutup hari ini (7 April).

Bagi kejohanan badminton yang akan berlangsung di Pusat Belia pada 15 April, pendaftarannya akan dilanjutkan sehingga 9 April. Manakala pendaftaran bagi kejohanan bola keranjang yang akan berlangsung pada 15 April di Gelanggang Tertutup Batu Bersurat dan acara futsal di Kompleks Sukan JKR pada 20 April, masing-masing dilanjutkan sehingga 11 April ini.

Pendaftaran untuk kejohanan bola jaring yang akan bermula dari 6 Mei akan dilanjutkan sehingga 30 April, manakala pendaftaran untuk kejohanan boling di MegaStrike Bowl Sdn Bhd yang akan bermula dari 1 Mei pula akan dilanjutkan sehingga 23 April ini.

ARTIKEL YANG SAMA