Makluman waktu perkhidmatan pergigian

Makluman waktu perkhidmatan pergigian

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa waktu Perkhidmatan Pergigian bagi Pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan penggal ketiga adalah dari 7:45 pagi hingga 10:00 pagi, dan 1:30 petang hingga 3:00 petang.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, hari ini, pendaftaran di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama, Berakas, dibuka dari 5 hingga 12 September kecuali hari Jumaat dan Ahad serta hari kelepasan awam. Bagi pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di klinik-klinik pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan.

Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik kesihatan bagi pesakit kanak-kanak dibuka seperti biasa.

ARTIKEL YANG SAMA